Wednesday, 30 November 2011

Apa itu 5S ?




Adalah perkataan Jepun iaitu :

Seiri : Sisih 
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

Seiton : Susun 
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ia dapat diambil dengan mudah untuk digunakan.

Seiso : Sapu
Bersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.

Seiketsu : Seragam
Memelihara tahap penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

Shitsuke : Sentiasa Amal
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.